| Subcribe via RSS

Keliru?

January 29th, 2010 | No Comments | Posted in Chit Chat

Wow.. keliru! Blank! 50-50!

Apakah aku merepek? Ok, saya cuba bagi masalah ini kepada anda untuk anda fikirkan. Di bawah ini saya bagi contoh senarionya:

  1. Anda adalah seorang lelaki yang berasal dari Kedah.
  2. Anda mempunyai seorang isteri yang berasal dari Melaka.
  3. Anda dan isteri anda bekerja di Kuala Lumpur.
  4. Hanya ibubapa anda yang berada di kampung (Kedah), dan keadaan ayah anda yang tak berapa sihat. Adik beradik anda semua bekerja di luar negeri Kedah.
  5. Anda mendapat tawaran bekerja di tempat kelahiran anda (di Kedah), dengan gaji boleh dikatakan lumayan untuk taraf hidup di Kedah.
  6. Anda mengajak isteri anda tinggal di Kedah iaitu meminta isteri anda berhenti kerja kerana anda mampu untuk menanggung isteri anda kerana tawaran gaji di kedah boleh tahan.
  7. Dan, isteri anda cakap, “TAK NAK!”

Jadi, apakah tindakan anda? Adakah anda tetap akan menerima tawaran kerja di Kedah walaupun isteri anda kata tak nak?

Adakah anda tidak akan menerima tawaran di Kedah disebabkan isteri anda tidak mahu ikut anda?

Sila komen pandangan anda..

Kahwin

January 26th, 2010 | No Comments | Posted in Chit Chat

Anda sudah kahwin? Sesiapa yang belum kahwin, pastinya akan kahwin. Fikir pasal kahwin, boleh buat kepala pening. Biasanya sebelah lelaki lah. Setuju? Kahwin sangat sinonim dengan perbelanjaan yang besar. Maka perkahwinan itu adalah bersangkut paut dengan duit.

Tapi apabila kita ajukan kepada sebelah perempuan, biasanya apa yang mereka kata, “Itu menunjukkan komitmen pihak lelaki kepada perempuan/ bakal isteri”.

Ya! memang betul komitment. Jika seseorng kumpul duit banyak, memang tak ada masalah. yang menjadi masalah, yang simpanan tak berapa banyak. Ada beberapa jenis pula yang simpanan tak berapa banyak. Mungkin pemboros, atau mungkin juga gaji kecil. Kita ketepikan soal pemboros. Kita fikir pasal gaji kecil. RM1500, saya kategorikan ianya gaji kecil.

Rata-rata sekarang, jika nak kahwin, paling kurang RM20,000 akan nak dipakai. RM20,000 jika duit simpanan banyak, itu tak mengapa. Kalau yang gaji kecil? Sakit juga kepala ya. Sah kena buat pinjaman. Sungguh membebankan. Belum apa-apa dah kena buat pinjaman yang tentunya perlu dibayar setiap bulan. Anak dah besar, hutang kahwin belum habis bayar :) .

Saya rumuskan di sini, perkahwinan sekarang, bagi pendapat saya, banyak ke arah pembaziran. orang zaman sekarang lebih lebihkan adat berbanding yang wajib. Sepatutnya perkahwinan itu suatu yang memudahkan, namun sekarang sudah menjadi sebaliknya.