Last Week Story

May 27th, 2009 | by admin | 199 views

Cerita minggu lepas, aku cerita hari ni. Tapi cerita ni tak basi sebab aku simpan dalam peti. Minggu lepas aku gi KL (ni pun aku nak cite??). Adik aku daftar sambung study. Actually, sebab utama adalah nak jumpa mak ayah aku. lama aku tak jumpa diorang. Semenjak kerja jauh ni, amatlah jarang aku berkesempatan untuk balik kampung. Sekarng ni pulak, adik bongsu aku dh sambung study, mak ayah aku berdua je lah tingal kat kampung. Wahhh.. rasa nak balik kampung je. Sian diorang.

Aku ke KL Sabtu minggu lepas. Lepas wakt keje, zasss! aku bertolak. Ujan lebat masa tu. Aku ni suka betul kalau perjalanan dalam hujan berbanding panas. Pelik tak? Mana ada pelik, korang la yang pelik. Miahaha. Aku lupa lak area mana, pokok tumbang atas hway utara selatan. Bukan 1 tempat je, tapi 3-4 tempat. Aku ingatkan ada accident, rupa2nya pokok yang rebah. Cuak sekejap masa aku berenti tu, ada lori laju kat belakang aku. Dengan lagak seorng pro, aku menukar lane ke lane kanan. Lori tu laju betul, sampai terpaksa brek, dan telah lajak kedepan dan berhenti di lorong kecemasan depan kereta aku. Siot je driver lori ni. Rasa nak lempang pun ada. Kalau tak, aku dah jadi burger.

Bukan setakat pokok saja tumbang, tapi 4-5 keping papan iklan yang gedabak2 besar kat tepi hway pun, sama. jatuh dilanggar angin. Cobaan…Ini betul betul, bukan cobaan…

Alhamdulillah aku selamat sampai di KL selepas 3jam perjalanan. Mesti lah sampai, kalau tak, takkan lah aku menulis ni dak??

Related Posts with Thumbnails

Post a Comment