Satu Nyawa Terselamat
July 3rd, 2010Tajuk tu tak agak agak. Satu nyawa terselamat. Bunyi macam gempak. Kalau aku selamatkan nyawa manusia, mungkin anda akan kategorikan ianya gempak.
Petang tadi masa aku solat Asar, aku dah di rakaat ke-3 dah, aku terdengar bunyi burung mcm kesakitan gitu. (Aku masih dalam solat ni.. aaaa.. tak khusyuk aku!). Cepat2 la aku solat. Siap je solat, aku gi tengok, wife aku dan adik aku duk kejar kucing kami si Oni (gambar). Dia tangkap burung rupanya. Dia dah gonggong dah burung tu. Barangkali sakit serta cuak, teriakan burung tu ibarat bunyi Help! Help! la kot. Lepas wife aku angkat selipar konon2 nak balik ke arah Oni, dia lepaskan burung tu.
kami tangkap burung tu yang memang dah takleh terbang. penat, cuak, takut, sakit.. semua ada aku rasa. Tapi nasib baik burung tu tak cedera. kami bagi burung tu beberapa titik air, dan meminta burung tu bertenang, dan kami kuarantin burung tersebut supaya ia ada tempoh bertenang, dan memulihkan kembali kuasa dalamnya.
Alhamdulillah, setelah 2 jam lebih aku simpan burung tu, akhirnya dia dah dpt kumpul tenaganya balik, dan aku telah lepaskannya semasa waktu maghrib tadi. terbang dia berkicauan dan hati aku rasa berbunga2 sebab dah selamatkan nyawanya, walaupun ia hnyalah seekor burung.
Chinese actress and ex-beauty queen Nina Li is best known for her voluptuous assets and 36-22-36 figure.